Friday, February 24, 2017

TUGASAN 1 ( KRITIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN BLOG)



Assalamualaikum dan hai semua orang yang cantik dan hensem lagi kemas bergaya. Ni cik wawa semput nak habaq mai , masuk minggu kedua dah kena buat blog, then kena kritik blog ape tu semua. Sebelum ni just pernah baca blog je la.Takde pon sampai nak terfikir ada blog sendiri sebab memang dah buta IT kan. haaa , nasib baiklah ade kos IT ni jadi boleh la belajar serba sedikit.hehehe.Jadi nyer bersyukur je laaa. Okey back to our topic, kena kritik dan macammana nak buat penambahbaikan.....


Ini blog yang cik wawa semput jumpa


1 )  Sweetness elvesazmi bile cari blog cikwawa tertarik dengan nama blog dia,jadi cikwawa buka la nak baca isi kandungannya , kalau baca nama blog pon dah tahu kan yang penulis ni memang sweet.hahahhaha. takde ape yang menarik sangat pasal blog ni, just menceritakan kehidupan dia dan kawannya keluar berjalan-jalan. ni link blog tu http://elvesazmi.blogspot.my/2011/03/hang-out.html




KELEBIHAN

1. Latar belakang yang menarik .
2.Nama blog yang menarik

KEKURANGAN 

1.info yang kurang menarik
2. Penulisan kurang sesuai (bahasa,font)
3. laman blog yang membosankan







2. Panduan asuhan dan pendidikan kanak-kanak.Nak cerita sikit pasal biodata pemilik blog ni Blog ni milik puan Norazura Ismail.Beliau merupakan pengajar kemahiran pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf dalam Direktori Pakar Industri Negara.Selain itu beliau merupakan Jurulatih dan Fasilitator Kursus Asuhan Didikan Awal Kanak-Kanak.Kenapa saya pilih blog ni? Haa , kan cikwawa ni ambil ismp pendidikan awal kanak -kanak,jadinya sambil menyelam mencari ikan tu sambil minum air la.hehe,http://pnnorazuraismail.blogspot.my/2015/10/pendidikan-awal-kanak-kanak-perlukah.html



KELEBIHAN

1. Info yang sangat berguna.
2. Terdapat pengetahuan tentan aspek-aspek perkembangan awal kanak-kanak.
3. Gaya penulisan yang mudah difahami.

KEKURANGAN

1. Penggunaan foto yang sedikit.
2. Latar belakang tidak menarik.(kurang kreativiti)
3.Penulisan yang agak panjang.


3.Cari punya cari akhirnya jumpalah blog ketiga by Cik epal.Takde specific biodata yang diberikan oleh penulis.BTW penulis blog ni sangat cantik orangnya taw.Penulis banyak bercerita tentang pengembaraan beliau ke Thailand.Blog yang sangat ringkas.



KELEBIHAN

1.Sesuai untuk pengunjung blog yang suka travel.( dapat tengok makanan,tempat menarik )

KEKURANGAN

1.Terlalu banyak gambar.
2.Penulisan yang sangat kurang.


4. Blog yang keempat yakni yang kedua terakhir milik Shafrina Ku Shaari .Blog ni sangat menarik perhatian cikwawa kerana terdapat kisah Aiman Banna.Sape yang tak kenal Aiman Banna ? Penulis buku Henshin tu. Kalau nak tahu cikwawa syorkan baca taw. http://resepilesungpipit.blogspot.my/2016/08/kisah-aiman-banna-menyentuh-hati.htm



KELEBIHAN 

1. Entri yang sangat menarik.
2. Info yang berguna.
3. Tips kehidupan orang yang pernah gagal dan akhirnya berjaya

KEKURANGAN

1.Tiada foto


5.Blog yang terakhir  ialah Blog Aku Islam. Penulis blog ini adalah Muhammad Naim bin Abd. Manaf .Blog yang banyak menceritakan tentang islam.Pembaca yang perlukan motivasi boleh baca blog ni pasti akan feel highly motivated selepas tu.



KELEBIHAN

1. Motivasi yang tinggi.
2.Tips yang bagus.
3.Gambar yang sesuai.

KEKURANGAN

1.Latar belakang yang kurang menarik .